Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi Pejabat Pendaftar

Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kunjungan anda ke Laman Sesawang Rasmi Pejabat Pendaftar UNISEL. Sebagai tunjang pentadbiran universiti, Pejabat Pendaftar memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pengurusan akademik dan pentadbiran yang menyokong aspirasi dan visi universiti.

Pejabat Pendaftar bertanggungjawab dalam pelbagai aspek utama, perkhidmatan universiti Pengurusan Keurusetiaan/Tadbir Urus, Pentadbiran Akademik, Pengurusan Konvokesyen Yang Gemilang & Berhemat, Pengurusan Program Mobiliti, Pengurusan Khidmat Keselamatan dan Kesihatan dan YUSEL.

Melalui laman sesawang ini, kami berharap dapat menyediakan maklumat dan panduan yang bermanfaat kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk kakitangan, pelajar, serta masyarakat luar. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengenali kami, dan kami sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan terbaik kepada anda.