MOHD RAZAKI BIN ABDULLAH
Pendaftar
pendaftar@unisel.edu.my; razaki@unisel.edu.my
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya diberi kesempatan untuk menyampaikan kata alu-aluan di Laman Web Rasmi Pejabat Pendaftar Universiti Selangor (UNISEL).
Dalam era pendidikan global yang semakin mencabar dan dinamik, ilmu pengetahuan kekal sebagai teras utama pembentukan generasi masa hadapan. Pendidikan bukan sekadar medium penyampaian ilmu, malah merupakan asas kepada pembinaan sahsiah, pemikiran kritis, kreativiti serta inovasi dalam kalangan pelajar. Sejajar dengan aspirasi ini, UNISEL komited untuk menyediakan ekosistem pembelajaran yang holistik bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, berintegriti dan bersedia menghadapi keperluan industri serta masyarakat.
UNISEL terus berperanan sebagai tapak semaian modal insan berkualiti melalui pendekatan pendidikan yang berteraskan nilai, teknologi dan kecemerlangan akademik. Dalam merealisasikan agenda ini, kerjasama erat antara pengurusan, warga pendidik dan kakitangan pentadbiran amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berfokuskan pelajar.
Sebagai Pendaftar UNISEL, saya komited untuk memperkukuh sistem tadbir urus universiti, mempertingkat kualiti perkhidmatan serta menyokong inisiatif transformasi digital demi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dan kecekapan operasi universiti.
Sekian, terima kasih.
PENERAJU TRANSFORMASI