Puan Hajah Rokmaa binti Haji Mat
Pengarah YUSEL
rokmaa@unisel.edu.my
Dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 9 Februari 2023
YUSEL berperanan termasuk melibatkan fungsi & portfolio berikut:
Mengumpulkan dana dan sumbangan daripada pelbagai sumber dan menggunakan dana tersebut untuk membantu pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang, agama, bangsa, negeri yang memerlukan bantuan. (Nota: 64% pelajar UNISEL daripada keluarga golongan B40.)
Membantu UNISEL menyediakan peluang pembelajaran secara percuma menerusi bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan. Bantuan pendidikan yang disediakan ialah biasiswa, pinjaman pelajaran, bantuan sara hidup dan peluang meningkatkan tahap pendidikan dan kebajikan menerusi bantuan yayasan.
Menyediakan kemudahan kewangan bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti pembangunan intelektual dan penyelidikan demi kepentingan masyarakat, pembangunan pendidikan untuk kepentingan masyarakat.
Menyalurkan sumbangan yang diterima bagi merancakkan aktiviti pembangunan pendidikan, dengan membantu universiti menyediakan kemudahan, fasiliti pengajaran dan pembelajaran.